TAHNIAH =)

ASSALAMUALAIKUM..


KAMI WARGA MKLB MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA PARA PELAJAR DI ATAS KEJAYAAN YANG DI KECAPI DALAM PEPERIKSAAN SPM 2010. SEMOGA DENGAN KEJAYAAN INI DAPAT MEMBERI SEMANGAT DAN DORONGAN SERTA CONTOH TELADAN KEPADA ADIK-ADIK UNTUK BERJAYA SEPERTI ANDA SEMUA.

SYABAS DI UCAPKAN !!!

"من جد وجد"




Congrats to all SPM students! Pursue your dream and be beneficial to others with your 'ilm (knowledge).

"العلم بلا عمل كشجر بلا ثمر"
Knowledge without actions is like a tree without fruits

Salam Maulidur Rasul

Jika semalam anak-anak muda sibuk menyambut hari kekasih walaupun sudah diharamkan oleh Islam, tapi kita pasti masih ramai yang menyambutnya. Tetapi adakah mereka meraikan pula hari kelahiran rasul kita iaitu Nabi Muhammad s.a.w? Di sini kami ingin mengucapkan salam Maulidur Rasul untuk tahun 2011M bersamaan 1432H.


Oleh yang demikian sama-sama kita berkongsi beberapa kelebihan yang dimiliki oleh Nabi Muhammad s.a.w. Menurut Jabir, Rasulullah pernah berkata yang ertinya: “Aku telah diberikan 5 perkara yang tidak seorang pun daripada para nabi sebelumku diberikan, iaitu:

1.    Aku dibantu dengan daya menakutkan musuh sejauh perjalanan sebulan.
2.    Diuntukkan bagiku bumi ini, dimana-mana sahaja boleh dijadikan tempat bersujud dan keadaannya suci. Maka sebarang umatku yang telah datang kepadanya waktu sembahyang, hendaklan tampil sembahyang.

3.    Dihalalkan harta rampasan perang bagiku dan tidak halal bagi seorang pun sebelumku.
4.    Aku diberi kuasa untuk beri syafaat.
5.    Setiap nabi dibangkitkan untuk menyeru kaumnya sahaja, tapi aku dibangkitkan untuk menyeru seluruh manusia.”

Begitulah kelebihan Rasulullah s.a.w. yang telah diberikan oleh Allah s.w.t. jika dibandingkan dengan nabi sebelum beliau. Mari kita lihat pula rasul-rasul yang telah ditugaskan untuk menjaga lapisan langit.

Rasul-rasul Penjaga Langit
Lapisan 1 : Nabi Adam
Lapisan 2 : Nabi Isa dan Yahya
Lapisan 3 : Nabi Yusuf
Lapisan 4 : Nabi Idris
Lapisan 5 : Nabi Harun
Lapisan 6 : Nabi Musa
Lapisan 7 : Nabi Ibrahim

Ini sekadar peringatan kepada kita semua, bahawa setiap lapisan langit telah dijaga oleh rasul-rasul yang dilantik oleh Allah s.w.t. Mari kita lihat pula wasiat Nabi Muhammad s.a.w. kepada Saidina Ali r.a.

Wasiat Nabi Muhammad Kepada Saidina Ali
Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya:
1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu.
3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia.

Wahai Ali, bagi orang ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yang haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi itu AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Semoga dengan perkongsian pada kali ini dapat memberikan sedikit manfaat kepada anda semua. Salam Maulidur Rasul daripada kami.

Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan 1 dan Pelajar Baru



     Pada 5-8hb Januari 2011 telah berlangsungnya minggu orientasi bagi pelajar tingkatan 1 dan pelajar baru yang telah mendaftar sebagai pelajar di SABK MAAHAD AL-KHAIR LIL BANAT. Selama berlangsungnya minggu orientasi ini pelbagai program telah dijalankan seperti solat setiap waktu berjemaah, kuliah subuh dan maghrib, riadah, slot-slot seperti motivasi, teori amali wudhu', teori kesihatan, dan taklimat disiplin pelajar.

     Selain itu juga para pelajar di bahagikan kepada beberapa kumpulan usrah dan setiap kumpulan tersebut di ketuai oleh seorang ukhti atau fesilitator.


Majlis penutupan  Minggu Orientasi berlangsung dengan acara mendaki Bukit Larut dan kemudian bermandi di Bermis Pool dan berakhir di dataran yang berhadapan dengan Zoo Taiping. Acara yang dijalankan adalah seperti nyanyian lagu rasmi asrama dan lagu rasmi orientasi, penyampaian hadiah dan ucapan dari pengetua dan ketua warden. 



dengan acara penyampaian hadiah maka berakhirlah Minggu Orientasi bagi pelajar tingkatan 1 dan pelajar baru.


VISI & MISI


Pendaftaran pelajar tingkatan 1 2011


Pada 2 Jan 2011 pelajar asrama tingkatan 2,3,4 dan 5 telah selamat mendaftarkan diri di Asrama Az-Zinnirah SABK Maahad Al-Khair Lil Banat. Mereka adalah pelajar yang dipilih pada sesi pemilihan yang dilakukan sesi lepas atas pencapaian, sahsiah dan disiplin. Diharapkan pelajar yang terpilih untuk menghuni asrama ini pada sesi ini menghargai peluang yang diberi dan berusaha untuk memperbaiki tahap disiplin, sahsiah dan pencapaian akademik khususnya. Wujudkanlah suasana yang aman dan tenteram serta saling hormat-menghormati antara satu sama lain supaya tidak berlakunya apa-apa tragedi yang tidak diingini.

Pada hari Rabu 5 Jan 2011, pelajar tingkatan 1 pula akan mendaftarkan diri di asrama. Diharapkan pelajar tingkatan dapat memberi tunjuk ajar dan kerjasama kepada pelajar tingkatan yang akan mendaftar nanti. Anggaplah mereka sebagai adik-adik anda sendiri. Jangan pula cuba untuk mengambil kesempatan ke atas mereka kerana hukuman yang berat boleh dikenakan kepada sesiapa sahaja yang membuli.

Kemudahan Yang Di Sediakan di Asrama

dewan makan

bilik asrama di lengkapi katil dan loker

padang 
surau

serta lain-lain lagi kemudahan yang di sediakan.

Pendaftaran Pelajar Asrama sesi 2011


Pendaftaran masuk asrama bagi pelajar senior (tingkatan 2,3,4 dan 5)  telah ditetapkan pada 02 Januari 2011. Semua pelajar SABK MAAHAD LIL BANAT  yang terpilih untuk menghuni asrama telah hadir untuk mendaftarkan diri pada hari tersebut bermula pukul 9.00 pg hingga pukul 12.00 pm.



Pendaftaran tersebut telah berlangsung dengan jayanya. Terima kasih kepada pihak yang terlibat di atas kerjasama yang di berikan