Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan 1 dan Pelajar Baru



     Pada 5-8hb Januari 2011 telah berlangsungnya minggu orientasi bagi pelajar tingkatan 1 dan pelajar baru yang telah mendaftar sebagai pelajar di SABK MAAHAD AL-KHAIR LIL BANAT. Selama berlangsungnya minggu orientasi ini pelbagai program telah dijalankan seperti solat setiap waktu berjemaah, kuliah subuh dan maghrib, riadah, slot-slot seperti motivasi, teori amali wudhu', teori kesihatan, dan taklimat disiplin pelajar.

     Selain itu juga para pelajar di bahagikan kepada beberapa kumpulan usrah dan setiap kumpulan tersebut di ketuai oleh seorang ukhti atau fesilitator.


Majlis penutupan  Minggu Orientasi berlangsung dengan acara mendaki Bukit Larut dan kemudian bermandi di Bermis Pool dan berakhir di dataran yang berhadapan dengan Zoo Taiping. Acara yang dijalankan adalah seperti nyanyian lagu rasmi asrama dan lagu rasmi orientasi, penyampaian hadiah dan ucapan dari pengetua dan ketua warden. 



dengan acara penyampaian hadiah maka berakhirlah Minggu Orientasi bagi pelajar tingkatan 1 dan pelajar baru.


0 comments:

Post a Comment