Pendaftaran pelajar tingkatan 1 2011


Pada 2 Jan 2011 pelajar asrama tingkatan 2,3,4 dan 5 telah selamat mendaftarkan diri di Asrama Az-Zinnirah SABK Maahad Al-Khair Lil Banat. Mereka adalah pelajar yang dipilih pada sesi pemilihan yang dilakukan sesi lepas atas pencapaian, sahsiah dan disiplin. Diharapkan pelajar yang terpilih untuk menghuni asrama ini pada sesi ini menghargai peluang yang diberi dan berusaha untuk memperbaiki tahap disiplin, sahsiah dan pencapaian akademik khususnya. Wujudkanlah suasana yang aman dan tenteram serta saling hormat-menghormati antara satu sama lain supaya tidak berlakunya apa-apa tragedi yang tidak diingini.

Pada hari Rabu 5 Jan 2011, pelajar tingkatan 1 pula akan mendaftarkan diri di asrama. Diharapkan pelajar tingkatan dapat memberi tunjuk ajar dan kerjasama kepada pelajar tingkatan yang akan mendaftar nanti. Anggaplah mereka sebagai adik-adik anda sendiri. Jangan pula cuba untuk mengambil kesempatan ke atas mereka kerana hukuman yang berat boleh dikenakan kepada sesiapa sahaja yang membuli.

0 comments:

Post a Comment